
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.”
Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.
Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.
Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya.
Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari
Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi.
Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.
Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Saya pernah menjadi seorang pelajar, datang ke Jepun dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat jepun untuk ‘baito’ kerana boleh dapat pendapatan tambahan yang lumayan.
Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks pendidikan Islam. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Saya tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (insyaAllah akan diberitahu next post). Sebab anda semua tahu sebenarnya.
Sampai di sini dahulu, renung renungkanlah…
Next post>>Kisah Pak Mat
