Tangga-tangga kehidupan

24 12 2008

Keputusan untuk tinggal di Jepun mungkin nampak remeh dan mudah. Apa yang susahnya, dari Msia datangla ke Jepun. Kan mudah? Hmm,, namun sesungguhnya pelbagai halangan yang datang especially soal kerja dan keluarga. Memang ternyata kehidupan di zaman ini sungguh bersifat kebendaan ..penuh dengan soal dunia. pangkat dan harta.. still terngiang-ngiang kata-kata rakan sepejabat `hish, tak rasa rugi ke hilang seniority kalau ambil cuti tanpa gaji?` `nanti balik msia semula, level you sama dengan level intake yang junior dari you.. betul ke you nak apply unpaid leave ni?`

Teringat time menunggu keputusan untuk tinggal di Jepun atau di Msia suatu ketika dulu.. Mana yang lebih baik ye? Bermacam-macamlah konsekuensi dan akibat yang timbul dalam fikiran ni. Bila difikirkan semula, sesungguhnya kehidupan ini sememangnya perlukan pengorbanan dan perubahan. Kehidupan yang singkat ni pasti akan melalui pelbagai fasa yang terkadang putih terkadang hitammacam konsep ying dan yang. Hidup ini tak bersifat statik. Banyak ujian dan dugaan yang menanti untuk menguji siapa dikalangan hambaNya yang terbaik amalanNya.

Banyak pula persimpangan yang memerlukan keputusan memilih antara dua. Ya! perlu memilih antara dua. Namun, keputusan yang difikirkan baik berdasarkan akal semata-mata belum tentu menjamin kebahagiaan dalam hidup kerana pandangan dan pemahaman manusia bersifat terhad dan cetek. Manusia perlu kembali pada penciptaNya utk mengetahui jalan-jalan terbaik yang harus ditempuhnya di sepanjang tangga kehidupannya.

“Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.” (22:76)

Hanya satu yang dipanjatkan kepadaNya ; andai nya kedatanganku ke bumi Jepun adalah lebih baik utk agama dan kehidupanku, tetapkanlah hambaMu ini disana. Namun andai sebaliknya, tetapkanlah aku di sini..

Bukankan Allah sangat mengetahui baik dan buruknya sesuatu perkara bagi setiap hambanya?

Hait..bumi Allah inikan luas?. Walau di mana kita berada, masih lagi kita bergelar hambanya. Masih juga menghirup udara kurniannya. Menjamah rezeki pemberiannya, berjalan atas muka buminya, hidup dengan segala macam nikmat darinya.. cukuplah dengan melihat apa yang ada pada diri kita untuk menimbulkan rasa syukur padaNya..

“Jika kamu menghitung nikmat Allah NESCAYA kamu tidak akan dapat menghitungnya”

Perhitungan amalan baik dan buruk tetap terus berjalan kerana Allah sentiasa melihat usaha yang dilakukan hamba-hambaNya. Dan yang pastinya walau di mana berada peranan sbgai khalifahNya harus tetap dilaksanakan. Hanya situasi dan keadaan persekitarannya yang berubah. Soalnya bukan di mana kita berada namun sejauh mana suruhan dan laranganNya sedaya upaya dilaksanakan. sejauh mana semua yang dilakukan hanyalah untuk memenuhi makna dan erti mengabdikan diri padaNya.

`Ya Allah, golongkan kami dalam golongan orang2 muttaqin yang Engkau berkati lagi redhai Ya Allah` jauhkanlah kami dari hati yang tidak khusyuk, ilmu yang tidak berguna dan dari masa yang terbuang sia-sia.` amen ya rabbal alamin..





Semarak Ramadhan 2008

6 09 2008

Assalamualaikum wbt,

Selamat menunaikan ibadah puasa serta ibadah ibadah lain dalam bulan ramadhan kali ini. Di kesempatan ini, sukacita ingin menjemput semua ke Semarak Ramadhan 2008. Info lanjut boleh rujuk di sini:

http://www.amirnet.org/info/program-amir/semarak-ramadhan-2008.html

Semarak Ramadhan 2008

Semarak Ramadhan 2008

Semoga berjumpa kita di sana, insyaAllah.





Syahadatain + Explorace in Tokyo

2 07 2008

Assalamualaikum wbt,

InysaAllah, bagi mereka yang tinggal di Jepun dijemput hadir dalam program Syahadatain + Explorace in Tokyo.

Sila contact Asyraf, 080-3623-9767.

syahadatain





Betulkah kita belajar kerana Allah

25 05 2008

hadis1

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang ditujuinya itu.”

Hadis ini merupakan hadis pertama dalam hadis 40. Ia diriwayatkan oleh dua orang ulama hadis termasyhur, Bukhari dan Muslim dan merupakan hadis Mutawattir yang tak dapat disanggah kesahihannya.

Sebenarnya apa yang nak disampaikan kali ini, kita sebagai manusia setiapnya mempunyai tujuan dan matlamat. Begitu juga dengan makhluk lain seperti bulan, bintang, matahari dan lain lain makhluk Allah. Manusia tidak kira dia seorang muslim, atau kafir semuanya dijadikan kerana mempunyai matlamat masing masing, tetapi semuanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu kerana Allah.

Kerana Allah lah matahari menyinarkan cahayanya kepada planet disekelilingnya.
Kerana Allah lah bumi beredar mengelilingi matahari
Kerana Allah lah air hujan turun ke bumi.
Begitu jugalah manusia hidup di bumi matlamat akhirnya adalah kerana Allah.

Kerana itulah pentingnya manusia kembali kepada tujuan asal ia berada di bumi Allah ini. Saya pernah menjadi seorang pelajar, datang ke Jepun dengan matlamat untuk menjadi orang yang bijak pandai. Tetapi itu sebenarnya adalah matlamat yang salah. Ada orang pernah berkata, kita belajar kenalah pasang niat kerana Allah barulah dapat pahala. Tetapi sebenarnya kita belajar kerana Allah seperti mana hati dan lidah kita melafazkannya, tetapi tidak kepada perbuatan kita. Ramai orang pasang niat untuk belajar kerana Allah, tetapi hakikatnya dia belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Ada juga yang mahu mendapat pekerjaan yang baik. Ada yang belajar kat jepun untuk ‘baito’ kerana boleh dapat pendapatan tambahan yang lumayan.

Kita tidak sedar apa tujuan kita di sini. Walhal semua itu ada dalam buku teks pendidikan Islam. Semua yang belajar itu hanya sekadar pengetahuan, bukan untuk diamalkan. Perkara yang paling basic yang semua umat Islam lupa. Saya tak beritahu di sini apa tujuan kita di sini (insyaAllah akan diberitahu next post). Sebab anda semua tahu sebenarnya.

Sampai di sini dahulu, renung renungkanlah…

Next post>>Kisah Pak Mat





ISK Yamaguchi

20 05 2008





Ahlan wasahlan

14 05 2008

Assalamualaikum wbt.

Ahlan wasahlan buat semua yang sudi melawat blog ini. Blog ini hanyalah sebagai salah satu wadah untuk untuk berkongsi pengalaman terutamanya para rijal di muka bumi ini.